Hari ini....(24 Oktober 2010/Ahad)..,
Baru aku tergerak hati untuk mengabadikan anugerah Allah yg tak ternilai kepada ku.
Di mana aku nak letakkan...owh sememangnya kalau di hati takde siapa yang boleh menggugatnya dari kecurian dan hilang dimakan usia...
Hari ini baru aku terbuka minda untuk berkongsi dgn sesiapa yg sudi untuk melihat betapa besarnya Anugerah Allah pada aku di umur 28 tahun...
Tarikh keramat: 13 Julai 2005>>>>aku dah bergelar ibu. Owh seronoknnya...takde perkataan yg boleh menggambarkannya. Suamiku pun aku tak dpt nak cerita mcmana perasaan ku. Aku terima anugerah Allah itu...yang kami beri nama Marsya Qistina binti Mazli.
Keluar dgn beratnya: 3.2 kg. Fuhhh..mungkin 1st time...:) susah sikit nak keluar...
Pada 5 Januari 2007>>>> sekali lagi aku berdebar menunggu anugerah Allah yang kedua di atas keabadian cinta aku dan suami...Ya Allah.., aku dah dapat seorang putera! Yg kami harap akan memberi kekuatan (ukhwah) dalam hubungan cinta kami dlm membina sebuah empayar keluarga...Maka itu aku dan suami namakannya Muhamad Harith Ikhwan.
Kali ni...keluar dgn berat: 2.8 kg. Hehe..2 kali push je, dah keluar...senang betul.
Tanpa diduga....muncul anugerah Allah lagi bila mana Ikhwan baru berusia 4 bulan (tak silap la..). Tarikh ; 14 Januari 2008, Ikhwan dan dapat adik..Muhamad Hazim Danish. Hehe...rezeki !!! Tak lupa juga...lahirnya dia, suamiku close RM**juta...(inilah yang dikatakan rezeki anak).
Sekarang...24 Oktober 2010; anak-anakku dah berusia 5 tahun 3 bulan (Marsya), 3 tahun 9 bulan (Ikhwan), 2 tahun 9 bulan (Danish).
Tapi rasanya masih tak terlewat aku sentiasa update perkembangan mereka untuk tatapanku dan mungkin satu hari nanti...mereka sendiri..
No comments:
Post a Comment