Sunday, October 24, 2010

24 Oktober 2010 (Ahad)

Pagi> Selepas semua bangun.., aku dah suruh semua anak2 mandi. Aku cakap nak gi Giant. Bukan main seronok lagi diaorg..
Alih..masuk keta, ayah diaorg bawa ke Giant yg dekat rumah ni je (1 km la kot). Ikhwan popek2 mulut dia ta mau gi Giant yg dekat rumah..hehehe. Aku dgn ayahnya buat diam je...

Tghari> Makan tengahari kat rumah je...(jam 12 tghari).
Makan lauk ayam + pajeri terung + sambal ikan kering.
Bab makan...Ikhwan memang handal!! . Tapi adik ...liat betul. Tapi ok gak, hari ni dia dapat makan dlm 10 suap la juga..



Petang> Kitaorg satu family gi Taman Permainan kat blkg rumah ni...
Ayah (suamiku) ajak ibu (aku) gi jalan atas batu yg kecik2 tu utk senaman kaki...Sakit siut..
Tapi si abg (Ikhwan) dgn selambanya jalan cepat2 atas batu tu walaupun ada gak dia kata sakit!. Adik cuma jadi pemerhati je. Adik takut sikit nak mencuba.. Tapi kakak, nak mencuba...tapi dah memang orangnya 'buntet'(manja sesangat/mengada2 sikit)..baru try dah menangis. Ingat ada budak usik dia..rupanya tak..Dia sakit pijak batu tu je!!!. Aduh, kakak-kakak..

Anugerahnya Yg Tak Ternilai


Hari ini....(24 Oktober 2010/Ahad)..,
Baru aku tergerak hati untuk mengabadikan anugerah Allah yg tak ternilai kepada ku.
Di mana aku nak letakkan...owh sememangnya kalau di hati takde siapa yang boleh menggugatnya dari kecurian dan hilang dimakan usia...

Hari ini baru aku terbuka minda untuk berkongsi dgn sesiapa yg sudi untuk melihat betapa besarnya Anugerah Allah pada aku di umur 28 tahun...

Tarikh keramat: 13 Julai 2005>>>>aku dah bergelar ibu. Owh seronoknnya...takde perkataan yg boleh menggambarkannya. Suamiku pun aku tak dpt nak cerita mcmana perasaan ku. Aku terima anugerah Allah itu...yang kami beri nama Marsya Qistina binti Mazli.
Keluar dgn beratnya: 3.2 kg. Fuhhh..mungkin 1st time...:) susah sikit nak keluar...

Pada 5 Januari 2007>>>> sekali lagi aku berdebar menunggu anugerah Allah yang kedua di atas keabadian cinta aku dan suami...Ya Allah.., aku dah dapat seorang putera! Yg kami harap akan memberi kekuatan (ukhwah) dalam hubungan cinta kami dlm membina sebuah empayar keluarga...Maka itu aku dan suami namakannya Muhamad Harith Ikhwan.
Kali ni...keluar dgn berat: 2.8 kg. Hehe..2 kali push je, dah keluar...senang betul.

Tanpa diduga....muncul anugerah Allah lagi bila mana Ikhwan baru berusia 4 bulan (tak silap la..). Tarikh ; 14 Januari 2008, Ikhwan dan dapat adik..Muhamad Hazim Danish. Hehe...rezeki !!! Tak lupa juga...lahirnya dia, suamiku close RM**juta...(inilah yang dikatakan rezeki anak).

Sekarang...24 Oktober 2010; anak-anakku dah berusia 5 tahun 3 bulan (Marsya), 3 tahun 9 bulan (Ikhwan), 2 tahun 9 bulan (Danish).
Tapi rasanya masih tak terlewat aku sentiasa update perkembangan mereka untuk tatapanku dan mungkin satu hari nanti...mereka sendiri..